Rumah Kelantan Baru

Dipost oleh Admin pada 17 - 4 - 2009

Rumah Kelantan Baru atau lebih dikenali dengan singkatan RKB, berada di lokasi jalan Al-Baramica, Seksyen Tujuh, Kota Nasr Kaherah.

Pandangan hadapan

Dipost oleh Admin pada 17 - 4 - 2009

Pandangan hadapan RKB yang berada sudut sebelah kiri ini, tercatat tulisan "Embassy of Malaysia, Kelantan Student's Hostel". Usaha ini dilakukan secara bergotong-royong oleh ahli-ahli KPKM yang mempunyai bakat dalam seni ukiran.

Pandangan hadapan II

Dipost oleh Admin pada 17 - 4 - 2009

Sudut ini menggambarkan papan tanda alamat RKB yang dilakar dalam bahasa arab.

Perpustakaan

Dipost oleh Admin pada 17 - 4 - 2009

Perpustakaan terletak di ruang pertama RKB. Pelbagai kitab dan sumber rujukan boleh didapati melalui perpustakaan ini.

Kedai KPKM

Dipost oleh Admin pada 17 - 4 - 2009

Kedai KPKM menjanjikan barang-barang jualan yang terbaik buat semua. Terdapat jualan kitab, ubat-ubatan, barang memasak dan banyak lagi. Kedai ini terletak di ruang pertama RKB.

Tempahan Korban Dibuka Sekarang!

Posted by Administrator On 11/05/2009 0 comments

HTS KPKM 2009 berjalan dengan baik

Posted by Administrator On 10/12/2009 0 comments
Oleh Pengarah USMB Kelantan

6 Oktober 2009, Selasa – Seramai 81 orang mahasiswa dan mahasiswi baru daripada Yayasan Islam Kelantan (YIK) tiba di Lapangan Terbang Kaherah pada jam 4 pagi. Rombongan yang diketuai oleh Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamad itu tiba dengan selamatnya dan dibawa pulang ke Rumah Kelantan Baru sejurus selepas itu. Seramai 30 orang petugas yang menyambut rombongan yang terdiri daripada AJKT dan AJK HEWI KPKM 2009/2010, tanzim tertinggi USMB Kelantan, AJK Keselamatan dan Kesihatan dan AJK bahagian sambutan dan pengangkutan. Turut hadir, ialah masing-masing dua Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM 2009.

Program sambutan Mahasiswa Baru Kelantan 2009 bermula jam 9.00 pagi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Amaluddin Arshad, Badan Pengurus, Naib Setiausaha Agung merangkap Unit Pendaftaran PMRAM 2009. Dalam ucapan perasmian, beliau banyak menyentuh soal motivasi pengajian di bumi Mesir dan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh setiap mahasiswa-mahasiswi baru apabila melangkahkan kaki sebagai mahasiswa di sini.

Program sambutan disusun secara padat pada hari pertama dengan pengisian Takruf Tanzim pelaksana USMB Kelantan, takruf AJKT dan AJK HEWI KPKM 2009/2010, ceramah hisbah dan bait muslim serta kuliah maghrib dengan tajuk Ukhuwah Terbina Mahabbah Terpelihara. Pada sebelah malam pula para mahasiswa-mahasiswi dibahagikan mengikut kumpulan musyrif dan musyrifah masing-masing serta dipindahkan ke rumah sementara dalam kumpulan. Seramai tujuh kumpulan musyrif di sebelah ikhwah dan tiga kumpulan musyrifah di bahagian akhawat. Program musyrif-musyrifah berlangsung selama tiga hari bermula 7 Oktober 2009 hingga 9 Oktober 2009. Lima konsep yang diterapkan dalam modul pengisian selama tiga hari tersebut iaitu iImu dan thaqafah, ukhuwah Islamiah, satu fikrah satu amal, akhlak muslim dan motivasi pengajian.

Selama tiga hari berlangsungnya program musyrif-musyrifah, diselitkan pembentangan kertas kerja iaitu Pengenalan Ringkas Kitab-Kitab Syafieyyah, Forum Mahasiswa dengan tajuk Mahasiswa Mendepani Alaf Baru dan kuliah subuh yang bertajuk Kepentingan Muzakarah Berkelompok. Qiamullail juga diadakan pada hari ketiga program Sambutan Mahasiswa Baru Kelantan. Selama tiga hari itu juga dianjurkan sesi lawatan sekitar Hayyu Sabi’ pada hari pertama dengan memandu mahasiswa-mahasiswi baru untuk mengenali stesen bas, sarafah dan kedai-kedai keperluan berdekatan. Lawatan ke Hussin pada hari kedua pula merangkumi Universiti al-Azhar, Masjid al-Azhar, Masjid Saidina Hussin dan maktabah-maktabah sekitar. Pada hari terakhir program musyrif-musyrifah, dianjurkan jaulah Mancari Al-Asyafie. Semua mahasiswa baru dibawa secara berkumpulan ke Masjid Al-Syafie, Masjid Sultan Hassan, Masjid Empat Mazhab dan maqam-maqam sekitar.

Majlis penyerahan pelajar pada malam yang terakhir disempurnakan oleh Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamad. Dalam ucapan penyerahan tersebut, al-fadhil ustaz banyak menyentuh soal kesatuan, motivasi pengajian, kerjasama dengan persatuan KPKM dan PMRAM serta pesanan supaya menjaga tingkah laku sebagai duta Kelantan di bumi Anbia.

Sejurus majlis penyerahan, semua mahasiswa-mahasiswi diagihkan ke penginapan masing-masing. Sebanyak 12 buah rumah disediakan oleh pihak urus setia dengan bilangan ahli mengikut kesesuaian kapasiti rumah sekitar Hayyu Sabi’ dan Hayyu Zohor.

Sepanjang ketibaan dan program berlangsung selama empat hari, tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan tiada gangguan daripada mana-mana pihak. Program berlangsung dengan baik dan kesemua modul secara majoritinya dapat dilaksanakan.

HTS: Hari Tautan Silaturrahim

Dana Syaqah PMRAM: Caknakah Kita?

Posted by Administrator On 10/10/2009 0 comments
Oleh : Wan Muhamed Anwas b Wan Abdullah

Tinggal beberapa bulan lagi tempoh matang berkenaan usul Dana Syaqah PMRAM akan sampai kepada tempohnya. Sehingga saat ini persoalan yang timbul adalah setahap mana caknanya setiap ahli PMRAM khususnya ahli KPKM dalam menjayakan misi ini? Lembaran peringatan ini tampil khas buat semua agar sama-sama meluangkan masa sejenak memikir sejauh mana sumbangan yang telah diberikan.

Bermula selepas daripada muktamar, gerak kerja peringkat PMRAM telah digemblengkan. Perjumpaan dengan setiap BKAN dan DPM diadakan. Sesi penerangan kepada semua ahli dipergiatkan. Bab kata pepatah “ Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing” telah menghiasai perjalanan setiap tenaga dalam tanzim sama ada rasmi ataupun tidak rasmi.

Iklan telah banyak dikeluarkan dalam pelbagai bentuk. Menyusul adalah borang bagi setiap ahli yang berminat dalam memberi saham pahala yang kekal ini. Dalam hal ini, sekarang masanya untuk semua yang telah menandatangani supaya merujuk kembali borang tersebut sama ada telah menyumbang atau tidak mengikut terma yang dipilih.

Semua penyumbang yang telah mengisi borang tersebut agar dapat memberi kerjasama kepada AJK yang dilantik. Sebarang permasalahan dan persoalan boleh rujuk kepada Lajnah atau Biro atau AJK Kebajikan KPKM. Kerjasama semua amat diharapkan supaya kita cakna dengan amalan murni ini.

Tempoh untuk mencapai sasaran semakin hampir dan sekarang adalah masa kita melihat kembali perkara ini. Bagi ahli yang baru sahaja ingin menyertai usaha murni ini, bolehlah merujuk kepada pihak kami selaku yang ditaklifkan peringkat BKAN Kelantan. Borang masih boleh dimohon. Sebarang bentuk kerjasama dari semua kami nantikan dalam menjayakan ‘Usul Syaqah PMRAM 2009’. Sumbangan yang diberi adalah merupakan caknanya kita dengan cadangan usul ini.

Sekali lagi suka saya lontarkan persoalan sejauh mana tanggugjawab kita dalam menjayakan misi yang telah diketengahkan ini. Adakah kita termasuk dalam kalangan yang berkecuali daripada mengeluarkan sumbangan atau tidak?. Manisnya kejayaan apabila kita bersama dalam mengapainya. Paling penting kejayaan kita dengan niat mengapai pahala syurga Allah diakhirat kelak.

Wassalam. Salam berkebajikan. Salam Dana Syaqah PMRAM.
Oleh Nik Muhammad Abdul Hayyi Nik Idris
Pemangku Ketua Lajnah Penerbitan KPKM 2009/2010

1 oktober 2009, Khamis – Dialog ahli KPKM bersama pimpinan baru KPKM sesi 09/10 bertukar rentak apabila sebahagian masa dialog dihabiskan dengan menggesa pihak kepimpinan untuk mengeluarkan mauqif berkenaan dengan tindakan ISMA bergabung dengan nadi UMNO Mesir dalam kes pelajar Terengganu.

Dialog yang berlangsung selama dua jam setengah itu menyaksikan ahli sepakat mendesak pihak AJKT untuk mengutuk tindakan pihak ISMA yang bergabung dengan nadi UMNO Mesir. Pelbagai sebab dan hujah yang diberikan dalam menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung dengan penculikan pelajar Terengganu daripada pihak Keluarga pelajar Terengganu (KPT).

Majlis dialog yang dimulai dengan takruf AJKT dan AJKH KPKM 09/10 diadakan pada awal kenaikan iaitu selepas sebulan 15 hari selepas kenaikan pada Muktamar Sanawi KPKM kali ke-XIV baru-baru ini. Dalam ucapan aluannya Ketua HEWI KPKM, ustazah Rosnidawati binti Mohd Noor menjelaskan berkenaan dengan halatuju HEWI KPKM pada tahun ini. Ia menfokuskan soal kredibiliti dan peranan mahasiswi dalam menyahut seruan alaf baru.

Mewakili seluruh kepimpinan KPKM pula, Yang Dipertua KPKM, Ustaz Muhammad Najid bin Abdullah pula mengambil kesempatan untuk mengajak para ahli untuk berfikir soal kesatuan. Slogan satu fikrah satu amal dijadikan suatu tuntutan untuk semua ahli sama-sama menjaga kesatuan yang ada. Beliau menyatakan matlamat penubuhan KPKM oleh generasi sejak dahulu lagi sebagai sebuah keluarga besar yang bermatlamat mengumpulkan seluruh anak-anak Kelantan di Mesir.

Setelah selesai sesi takruf AJKT dan AJKH, lebih kurang lima belas minit dibuka sesi dialog, seorang ahli bangkit menceritakan peristiwa yang berlaku kepada 37 orang pelajar baru Terengganu yang dilarikan daripada rumah negeri dan KPT sehingga dibawa ke Sinai. Pendedahan penculikan itu adalah didalangi oleh pihak ISMA dan Nadi UMNO dengan bantuan daripada pihak pegawai. Setelah itu sepanjang sejam setengah lebih lima orang ahli bangkit menyatakan sokongan terhadap desakan untuk menolak perbuatan ISMA dan Nadi UMNO Mesir tersebut.

Kebanyakan ahli menyatakan simpati terhadap apa yang menimpa 37 pelajar tersebut dan kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang berkenaan. Untuk tidak menghangatkan suasana, YDP KPKM bertindak menyatakan mauqif berkenaan dengan ISMA dan Nadi UMNO Mesir.

Beliau menyatakan bahawa KPKM sebagai sebuah saluran rasmi yang berdaftar dengan PMRAM dan diberi mandat oleh kerajaan negeri Kelantan untuk menaungi kebajikan ahli Kelantan di Mesir tidak mengiktiraf kewujudan Nadi UMNO Mesir dan ISMA. Tiada sebarang kerjasama yang pernah berlaku antara pihak KPKM dangan kedua-dua pertubuhan tersebut.
Sesi dialog terpaksa dihentikan setelah dua jam desakan menolak Nadi UMNO Mesir dan ISMA. Pelbagai cadangan diberikan oleh ahli yang sepakat mengutuk tindakan kedua-dua pertubuhan yang tidak diiktiraf KPKM dan PMRAM tersebut.

Penggulungan sesi dialog mewakil pimpinan AJKTdan AJKH oleh ketua penasihat KPKM menyatakan permohonan agar setiap ahli bertenang dan sama-sama menjaga kesatuan yang ada. Selagi mana kesatuan dan ikatan ukhuwah dijaga dan dibajai oleh ahli, nescaya tidak akan ada mana-mana agen perosak kesatuan yang mampu menggugat kesatuan ahli. Sesi Dialog diakhiri dengan jamuan yang disediakan oleh pihak KPKM.

Ucapan YDP sempena Aidilfitri 1430H

Posted by Administrator On 9/24/2009 0 comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah, puji dan syukur hanya layak buat Allah SWT. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, amma ba’du.

Syawal 1430 hijrah hadir menyeri sebuah kemenangan. Ia meninggalkan Ramadan, bulan keampunan dan pembebasan daripada api neraka. Jika Ramadan diiktiraf sebagai penghulu sekalian bulan dan setiap amalan digandakan sepuluh kali ganda maka syawal pula diangkat tarafnya sebagaimana Sya’aban yang menjadi pengapit kepada bulan rahmat dan kemuliaan.

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis sahih sebagaimana dikeluarkan oleh Muslim dalam kitab Sahihnya dan ashab sunan yang empat bermaksud: Daripada Abi Ayub Al-Ansari RA, Nabi Sallallahualaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari dalam bulan Syawal, adalah puasanya seperti puasa seumur hidup (dahri)”

Melalui hadis ini, kebanyakan para fuqaha’ seperti As-Syafie, Ahmad, Ibnu Mubarak dan Ishak sepakat berkenaan dengan sunat puasa enam dalam bulan syawal tetapi khilaf dalam masalah penetapan cara puasa kepada tiga pandangan:

1- Sunat puasa pada awal Syawal selepas hari raya secara berturut-turut.
Ini adalah pandangan As-syafei dan Ibnu Mubarak.

2- Tidak membezakan diantara puasa berturut-turut atau terpisah-pisah pada bulan syawal.
Ini adalah pandangan Ahmad dan Waki’.

3- Dikira sunat puasa tiga hari sebelum hari putih (13,14,15) dan pada hari putih atau selepas hari putih.
Ini adalah pandangan Ma’mar dan Abdul Razak.

Berdasarkan ketiga-tiga pandangan tersebut adalah menjadi keharusan umat Islam untuk menggunakan mana-mana pilihan yang ada mengikut kemampuan. Sepakat kebanyakan ulama berkenaan dengan sunat (mustahab) berpuasa pada bulan Syawal dan khilaf pada cara pelaksanaan memberi ruang untuk umat Islam memilih mana-mana pandangan kerana ketiga-tiga pendapat fuqaha’ di atas masih dalam ruang kefahaman umum hadis sahih tersebut.

Walaubagaimanapun bersegera untuk menyempurnakan puasa syawal adalah lebih baik sebagaimana kefahaman umum firman Allah subhanahu Wata’ala: “Nabi Musa menjawab: "Mereka itu ada mengiringiku tidak jauh dari sini; dan Aku segera datang kepada-Mu wahai Tuhanku, supaya Engkau reda akanku". (Surah Thoha:ayat 84)

Syawal juga adalah manifestasi syukur hamba kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan kurniaan rahmat, pengampunan dan pembebasan daripada api neraka pada bulan Ramadan. Ia adalah bulan kembalinya manusia kepada fitrah setelah sebulan mujahadah puasa.

Justeru saya ingin membuat seruan agar sama-sama kita panjatkan syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah subhanahu Wata’ala atas nikmat yang besar ini. Syawal adalah keraian suatu kemenangan dan kita disunatkan membesarkan Allah bersyukur kepada-Nya di atas upaya kemenangan fizikal dan spiritual ini sebagaimana Firman-Nya: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.” (surah Al-Baqarah: ayat 185)

Akhirnya, barangkali saya dan sahabat sekalian berhak menaruh harapan agar kita akan bertemu lagi Ramadan akan datang dan akan juga meraikan kemenangan Syawal untuk kali keseterusnya. Walaubagaimanapun segalanya telah diatur Tuhan. Sangka baik kita pada Allah perlu sentiasa kemas dijiwa bahawa munajat kita dibulan Ramadan telah diterima dan azamlah pada diri untuk tidak lagi mengulangi kesilapan. Sentiasalah dalam munajat istighfar kerana Allah Maha Pengampun.

Sempena Syawal kali ini juga barangkali tidak salah jika saya katakana ia adalah bulan ziarah dan saling bermaafan. Ia seakan adat yang tidak salah jika diamalkan. Sebagaimana kita mahu kembali kepada fitrah suci dari dosa pada bulan syawal ini, begitu jugalah kita seharusnya memastikan agar ukhuwah sesama kita juga sifar daripada dosa sesama kita.

Pastinya di sana ada hati yang terluka dek tingkah kita, ada barang yang terguna atau sebagainya. Semua ini perlu diselesaikan dan kehadiran syawal diharap membuang jauh-jauh ego dan malu kita untuk satu perkataan iaitu MAAF. Sekalipun kita tidak beri’tikad bahawa hanya Syawal bulan bermaafan tetapi sekurang-kurangnya ia menjadi satu resam yang mengingatkan kita bahwa pada bulan fitrah ini seharusnya kita luangkan masa bertemu antara kita dan saling bermaafan.

Justeru KPKM telah mengadakan hari terbuka bertujuan mengumpulkan seluruh ahli pada hari pertama Aidilfitri dan sambutan jika diukur pada kehadiran adalah amat memuaskan. Sekitar 350 ke 450 orang jika dibuat bancian pada jumlah makanan yang disediakan. Jamuan pada saya hanyalah wasilah. Apa yang penting adalah pertemuan, tajdid ikatan ukhuwwah sesama kita dan ia adalah wadah untuk anak-anak Kelantan untuk merasai suasana berhari raya dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran.

PMRAM pula akan mengadakan hari terbuka mengumpulkan seluruh anak-anak Malaysia di bumi Mesir ini pada hari raya ke 9 dan saya sekali lagi menyeru dalam konteks yang lebih besar agar kita dapat sama-sama bertemu di sana. Penyatuan ini adalah manifestasi hubungan ukhuwwah dan kesatuan anak-anak Malaysia. Hadirlah kerana KPKM adalah PMRAM dan KITA semua tentunya PMRAM.

Akhirnya, saya mewakili seluruh pimpinan KPKM mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada seluruh ahli. Atas amanah besar ini kami pohonkan bantuan untuk sama-sama gerakkan KPKM atas nama kesatuan dan kebajikan. Pohon maaf atas sebarang kekurangan.

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.


“JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH”
“BELAJAR DAN BERAMAL”

MUHAMMAD NAJID ABDULLAH
Yang Dipertua KPKM 2009/2010
1 Syawal 1430 H / 20 September 2009

Rkb Dibanjiri Ahli Sempena Iftor Anjuran PMRAM

Posted by Administrator On 9/20/2009 0 comments
Oleh Nik Muhammad Abdul Hayyi Nik Idris

3 September: Majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh PMRAM dengan kerjasama KPKM telah mengundang ramai ahli datang bertandang ke Rumah Kelantan Baru(RKB) walaupun dalam keadaan persiapan yang kurang baik akibat kelewatan makluman dari pihak PMRAM.

Hampir seratus orang lebih ahli telah mengambil bahagian dalam menjayakan majlis berbuka puasa pada hari tersebut. Kelibat ahli dari muhafazah juga tidak ketinggalan dalam menyerikan lagi suasana majlis tersebut. Kesemua yang hadir terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan, samada dari pengajian islam, qiraat, mahupun perubatan.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Khairil Anwar bin Salleh sebelum azan maghrib berkumandang. Selang beberapa minit selepas azan dilaungkan, kesemua mereka bersegera menunaikan solat maghrib secara berjamaah.

Selain itu, kesemua yang hadir pada hari tersebut telah berbuka puasa secara beramai-ramai di tempat yang telah disediakan. Rata-rata ahli berpuas hati dengan hidangan yang telah disajikan. Pihak penganjur berbangga dan berbesar hati dengan kehadiran dan sokongan yang ditunjukkan oleh ahli.

Jelasnya majlis ini diadakan bagi memupuk semangat persaudaraan sesama ahli sebagaimana yang telah dianjurkan oleh Islam agar survival kesatuan dapat diteruskan bagi memartabatkan Islam di persada dunia untuk mencapai kebahagiaan sejati di akhirat kelak. Amin.

Iftor Jamaie KPKM kali ke-2

Posted by Administrator On 9/20/2009 0 comments
Oleh Najwa Abdullah

17 September: Iftor jamaie’ KPKM kali kedua telah diadakan di Rumah Kelantan Baru (RKB) dan telah dihadiri lebih 100 orang ahli KPKM dari seluruh muhafazah. Ifthar jamie’ ini juga diadakan bersempena menyambut kedatangan anak-anak Kelantan yang baru tiba di Mesir. Mereka termasuk 17 orang pelajar perubatan tajaan JPA, 2 orang pelajar perubatan tajaan MINDEF (Ministry of Defense) serta pelajar-pelajar Shoubra.

Majlis terlebih dahulu dimulakan dengan acara berbuka puasa ringan, disertai dengan solat maghrib berjemaah. Kemudian, para hadirin telah dijamu dengan sajian lazat yang telah disediakan oleh pihak urus setia. Setelah selesai manjamu selera, para hadirin menunaikan solat isyak dan solat terawih berjemaah. Ahli KPKM yang hadir pada iftor kali ini sangat bertuah kerana Hj. Ismail Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah telah sudi untuk menyampaikan tazkirah selepas solat terawih.

Selepas itu, diadakan pula sesi taakhi bersama pelajar-pelajar perubatan yang hadir. Ini bertujuan untuk memupuk ukhuwwah antara pelajar baru dengan KPKM, sekaligus membantu pelajar baru untuk mengenali KPKM dengan lebih mendalam. Majlis diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Ustaz Muhammad Abdul Malik bin Abdul Karim yang juga merupakan Timbalan Setiausaha PMRAM. Pelajar-pelajar perubatan kemudiaannya telah dihantar pulang ke ARMA.

Ziarah dan Serah Sumbangan Kelahiran

Posted by Administrator On 9/20/2009 0 comments
Oleh Wan Muhamed Anwas b Wan Abdullah
Ketua Lajnah Kebajikan KPKM 09/10

Tanta, Lajnah dan Biro Kebajikan diringi Timbalan Yang Dipertua serta 2 Biro KPKM 09/10 sehari di Tanta untuk ziarah dan serah sumbangan kelahiran.

Bermula dengan agenda serah sumbangan kelahiran kepada ahli yang baru menerima cahaya puteri sulong iaitu Ustaz Muhammad Amin b Abdul Rahman pasangan Ustazah Saniha binti Mamat. Cahaya sulong yang diberi nama Nurul Sa’adah Safwah. Memenuhi lawatan pihak KPKM untuk menyampaikan sumbangan dan ucapan tahniah pihak rombongan juga tidak ketinggalan dalam bertanya khabar tentang kebajikan ahli dalam menyelami masalah bersama serta berbincang dalam beri cadangan untuk selesai masalah yang dihadapi.

Setelah selesai lawatan pertama rombongan bergerak pula untuk ziarah ahli iaitu Ustaz Mohd Khuzaimah b Mohd Noor yang terletak di Said Nawi, Bandar Tanta. Memberi kerjasama dalam memberi tunjuk jalan pihak rombongan meminta bantuan Pak Dam Ustaz Shahrizan Che Kob . Delegasi kebajikan hanya sempat berjumpa dengan isteri beliau iaitu Ustazah Yusrina Sajidah binti Abdul Rahim setelah diberitahu yang beliau ada urusan di Alexandria. Putera sulong mereka diberi nama Ahmad Faris Fathy.

Sehari lawatan kebajikan di sana memberi satu natijah baik yang didoakan agar menjadi pengalaman berguna buat semua pihak walaupun dalam menjalani ibadat puasa. Syabas dan tahniah kepada pasangan yang dikurniakan cahayamata moga-moga menjadi sumber inspirasi rezeki buat kalian.

Sementara itu di Kaherah, KPKM sekali lagi menerima cucu, Ustaz Wan Muhammad Abdullah b Wan Ibrahim serta pasangannya Ustazah Noor Rasyidah binti Mujahid dikurniakan puteri kedua yang diberi nama Wan Fasihah Aqilah. Rutin tugas kebiasaan biro kebajikan yang membantu sejak selepas kelahiran dan menyerah sumbangan kelahiran.

Lajnah Kebajikan menyusul dalam menziarahi cucu KPKM ini dan bertanya khabar dengan ayahnya.

Diskusi Kitab: SIHIR

Posted by Administrator On 9/20/2009 0 comments
Pengasih Dalam Masyarakat Melayu Dan Rawatan Islam
Terhadapnya

Oleh Wan Nurul Farhanis Wan Hassan

13 September: Lajnah Pengetahuan dengan kerjasama Biro Pengetahuan Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2009/2010 telah menganjurkan program diskusi kitab yang bertajuk Sihir Pengasih Dalam Masyarakat Melayu dan Rawatan Islam Terhadapnya. Kitab ini didiskusikan oleh Ustaz Khairul Anuar B. Salleh bertempat di Dewan Tok Kenali (RKB) bermula selepas solat terawih.

Mengikut kitab yang ditulis oleh penulis Hj Hanafi Rahman el-Fesfanji ini, Ustaz Khairul Anuar membentangkan tentang jenis-jenis sihir pengasih dalam masyarakat Melayu. Antaranya yang biasa berlaku ialah sihir menyetubuhi perempuan, sihir seri, sihir gambar, santau makanan, pukau dan lain-lain lagi.

Diskusi yang mengambil masa lebih kurang dua jam tersebut dilihat sebagai satu cara untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi di sini untuk mempraktikkan ayat-ayat al-Quran dan doa yang boleh dijadikan amalan sebagai senjata perlindungan diri daripada makhluk halus yang mana berpunca daripada kedaifan manusia.
Menurut pendiskusi, amalan membaca al-Fatihah, ayat Kursi dan tiga Qul sebelum tidur merupakan pendinding diri daripada gangguan-gangguan makhluk alam ghaib.

Majlis berakhir pada jam 11.30 malam dan secara umumnya, program ini mendapat sambutan daripada ahli KPKM dan dilihat memberi manfaat yang berguna kepada semua ahli.

Ramadhan Corner Berjaya Pikat Hati Pengunjung

Posted by Administrator On 9/20/2009 0 comments
Oleh Ahmad Tarmizi Mohd Ariffin

1 September: Bersempena dengan bulan ramadhan ini, pihak lajnah ekonomi keluarga pelajar-pelajar kelantan Mesir (KPKM) telah mengadakan program ramadhan corner 2009. Program ini adalah bertujuan membantu KPKM dalam mencari modal disamping memberi ruang pada ahli untuk menjamu selera selepas tamat solat terawih.

Program yang bermula pada 11 ramadhan hingga 20 ramadan ini telah berjaya menarik ramai ahli. Menurut pengarah pelaksana,ustaz Muaz bin Aminuddin dan ustaz Qosim, program ini ingin diteruskan sehingga berakhirnya ramadhan. Akan tetapi tujuan diawalkan penutupannya adalah untuk memberi ruang kepada ahli bagi mengisi ruang 10 malam terakhir dengan melaksanakan amal ibadah sebaik mungkin. Inilah yang kita mahukan daripada ahli, kita bukan sahaja dituntut mengisi kekosongan perut bahkan kekosongan ibadah.

Antara menu yang menjadi tarikan pengunjung adalah mee,bihun dan kuetiew sup, roti canai serta colek buah. Pengunjung juga lebih gemar mengorder ABC dan berkemungkinan untuk mengisi kehausan disebelah tengah hari. Bagi pengunjung yang tidak berkesempatan untuk datang ke ramadhan corner juga diberi khidmat penghantaran ke rumah. Mereka hanya perlu menelifon dan segala pesanan akan sampai ke rumah.

Program ini sebenarnya dilihat berjaya menarik ramai ahli yang bukan sahaja dari ahli kelantan bahkan dari negeri luar. Inilah antara salah satu tujuan utama program ini diadakan, ianya bukan sahaja dapat menarik ahli bahkan dapat mengeratkan silatulrahim yang sedia terbina

Secara keseluruhannya penyediaan menu yang disediakan pada setiap hari sentiasa habis dijual dan tahniah diucapkan kepada ustaz Zul atfi selaku ketua lajnah ekonomi diatas program yang dianjurkan tersebut.
.
Sila klik untuk jelaskan gambar-gambar di bawah

Iklan terkini PMRAM



Iklan terkini KPKM
















    Slideshow di atas merupakan usaha yang ditunjukkan ketika Kempen Bulan Membaca & Berbahasa anjuran Lajnah & Biro Pengetahuan Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2008/2009. Terima kasih kepada semua ya...
    .
    ____________________________________
    Makluman
    ---------------------------------------------------
    Ini adalah portal rasmi Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir ( gantian ). Portal yang asal iaitu di alamat www.ekpkm.com dihentikan sementara atas sebab-sebab tertentu. Diharap weblog ini menjadi pautan penting kepada ahli-ahli KPKM untuk mendapatkan input terkini dari persatuan induk ini.

    Jika anda mempunyai sebarang cadangan, sila lontarkannya ke Emel : zestlad@yahoo.com. Terima kasih kerana berkunjung dan memberi sokongan padu kepada kami.

    Sekian, Harap Maklum.

    Photobucket

    Berita-berita di bawah ini adalah berita yang baru dikemaskini. Pihak kami mohon maaf atas kelewatan menyiarkannya memandangkan ada masalah tertentu di pihak kami. Akhir kata, selamat membaca.


    - Tempahan korban dibuka sekarang! (Baru!)
    - Majlis Hari Raya Aidilfitri bertandang lagi!
    - Hantarkan ucapan Aidilfitri kepada kami!
    - Kalam Yang Dipertua Sesi 09/10
    - Nama-nama barisan AJKT & AJKH sesi 09/10
    - Ramah mesra bersama tetamu Malaysia
    - Kelantan juara bola sepak Piala Malaysia 2009
    - Majlis penangguhan tafaqquh fiddin
    - Majlis penutup Bulan Membaca & Berbahasa
    - Seputar Suruhanjaya Pilihan Raya


    Photobucket

    Taqwim di muka hadapan web ini hanyalah ringkas dan pihak kami akan meletakkan program yang masih berjalan atau yang akan berlangsung sahaja. Untuk melihat Taqwim dengan terperinci, sila klik di sini

    November
    -5 hingga 20 November 2009 (Baru!)
    Tempahan Korban sempena Eidiladha 1430H


    Photobucket

    September
    -20 September 2009 (Tamat)
    Solat sunat aidilfitri anjuran PMRAM di Masjid Musa an-Nusair
    ____________________________________
    Pause dan Play SlideShow di atas
    ---------------------------------------------------
    Iklan di atas boleh di "Pause" dan "Play". Anda hanya perlu tekan pada butan yang wujud di bawah gambar tersebut. Untuk lihat butannya, sila letakkan tetikus pada slideshow. Harap maklum.


    Image Hosted by ImageShack.us

    Kalam Yang Dipertua
    Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2009/2010

    Saya diminta untuk menulis sesuatu berkenaan dengan halatuju yang mahu dibawa untuk KPKM sesi akan datang. Lama saya berfikir sehingga mengambil masa yang agak lama. Namun batas masa membatasi saya untuk terus mengelamun dan berfikir. Saya mula mengatur rencana berkenaan dengan halatuju yang mahu secara kolektif dibawa oleh AJKT dan AJK HEWI sesi 2009/2010.

    Pada saya generasi pimpinan dahulu telah berjaya membawa agenda dan halatuju untuk generasi mereka dan saya juga optimis akan meneruskan kesinambungan perjuangan. Saya ringkaskan azam dan halatuju yang mahu dibawa sebagaimana berikut:

    Baca seterusnya...

    ____________________________________
    Iklan bertulis
    ---------------------------------------------------

    Mini Majalah Wardah Nurani Bil.2
    Ketahui selanjutnya, klik di sini

    Mini Majalah Wardah Nurani Bil.1
    + Percuma Poster Saiz A3 ( Grayscale )
    Ketahui selanjutnya, klik di sini

    AKOK ( Aku Anok Kelate ) Atau Album
    Ketahui selanjutnya, Klik di sini

    ____________________________________
    Wisma Kelantan ( KPKM )
    ---------------------------------------------------

    Wisma Kelantan kini masih lagi dalam proses pembinaan. Dijangka selesai selewat-lewatnya akhir 2009 ini. Jarak wisma ini hanya terletak dua blok di hadapan Rumah Kelantan Baru atau hampir dengan Syarikat Minyak Agiba, Hayyu 7. Sama-sama kita doakan Wisma Kelantan ini dapat disiapkan dengan selamat dan jayanya. Amin.

    Photobucket
    Pandangan hadapan
    ( Setinggi 11 tingkat termasuklah basement )


    Photobucket
    Pandangan sisi

    Artikel terdahulu

    Komentar